Jantung Terkesan Dengan Pengambilan Lemak Tepu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Jenis lemak tepu yang kita makan boleh memberi risiko serangan jantung, menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology. Individu yang dietnya mengandungi palmitik dan asid stearat yang agak kecil – lemak tepu terdiri daripada 16 atau lebih atom karbon (rantaian lemak tepu yang lebih panjang) yang biasanya terdapat dalam daging – dan makan protein berasaskan tumbuhan, sebaliknya telah mengurangkan peluang untuk mendapat serangan jantung. Tambahan lagi, individu yang makan lebih banyak lemak tepu dengan 14 atau kurang atom karbon (lemak tepu yang lebih pendek) yang biasanya didapati dalam produk tenusu mempunyai risiko serangan jantung yang lebih rendah.

Penyelidik utama, Ivonne Sluijs, dari Julius Center for Health Sciences and Primary Care, University Medical Center Utrecht, Utrecht University, Netherlands berkata, analisis mereka terhadap diet sekumpulan besar individu di dua negara dari masa ke masa menunjukkan bahawa jenis lemak tepu yang kita makan boleh mempengaruhi kesihatan kardiovaskular kita.

Kajian tersebut menyiasat sama ada lemak tepu dengan rantaian yang panjang daripada 4 hingga 18 atom karbon dikaitkan dengan risiko kejadian serangan jantung. Data daripada kira-kira 75,000 orang di UK dan Denmark telah dianalisis. Daripada kedua-dua kumpulan ini, hampir 3,500 orang mengalami serangan jantung dalam tempoh di antara jangkaan awal kajian dan susulan 13 tahun kemudian (di Denmark) dan 18 tahun kemudian (di UK).

Dr Sluijs memberitahu, pasukan penyelidikannya mendapati bahawa makan secara sedikit asid lemak tepu dengan rantaian yang panjang dan memakan protein berasaskan tumbuhan sebaliknya dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah. Penggantian lemak tepu dengan sumber tenaga lain seperti karbohidrat tidak menjejaskan risiko untuk terkena serangan jantung. Walaupun diet berbeza mengikut kewarganegaraan dan faktor lain, lemak tepu yang paling sering digunakan ialah asid palmitik, dengan 16 atom karbon, diikuti oleh asid stearat, dengan 18 atom karbon, kedua-duanya terdapat dalam produk daging. Penggunaan lemak tepu yang mempunyai rantaian atom karbon yang lebih pendek dan terdapat dalam produk tenusu adalah sangat kurang.

Sejak tahun 1960-an, apabila diet yang tinggi lemak tepu dikaitkan dengan peningkatan kolesterol LDL yang “jahat” dan penyakit jantung koronari, garis panduan diet disyorkan untuk mengehadkan asid lemak tepu. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kajian penyelidikan telah menimbulkan beberapa persoalan tentang apa yang dianggap sebagai bukti yang kukuh. Penemuan yang tidak konsisten telah menunjukkan kemungkinan bahawa pelbagai jenis lemak tepu mempunyai kesan yang berbeza terhadap tahap kolesterol dan perkembangan penyakit jantung koronari. Walaupun fakta-fakta kajian mereka menyokong hipotesis ini, Dr Sluijs dan rakan-rakan penyelidiknya mengesyorkan untuk meneruskan dengan berhati-hati sebelum mengubah garis panduan diet.

Dr Sluijs turut menyatakan, kajian mereka hanya membolehkan mereka membuat kesimpulan mengenai tahap perkaitan antara asid lemak tepu dan perkembangan serangan jantung. Pasukan penyelidiknya tidak tahu sama ada asid lemak tersebut sebenarnya adalah penyebab perbezaan antara kejadian serangan jantung yang mereka perhatikan. Untuk mengkaji perkara ini dengan lebih lanjut, kita memerlukan eksperimen di mana penggunaan asid lemak tepu dikawal dan, misalnya, berbanding dengan penggunaan asid lemak tak tepu.

Para penyelidik menasihatkan bahawa perubahan dalam pengambilan lemak harus sejajar dengan corak pemakanan yang disyorkan, yang menekankan pengambilan daging merah dan daging yang diproses serta gula tambahan secara terhad selain pengambilan garam yang rendah, penggantian bijirin halus dengan bijirin penuh, dan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih tinggi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

    Aduh, sakitnya dada! Adakah anda sedang diserang heartburn atau sakit jantung? Ikuti ulasan dalam artikel yang kami sediakan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Anda alami degupan jantung yang kadangkala laju atau perlahan tidak seperti kebiasaan? Hati-hati, ia mungkin jenis penyakit jantung ini; penyakit aritmia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Ada yang mengatakan marjerin lebih baik daripada mentega. Ada pula yang mengatakan kedua-dua mentega dan marjerin berkhasiat. Mana satu patut anda pilih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Resipi Sihat 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit jantung

    Sudah Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindari Serangan Jantung Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis semasa mengandung

    Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    denyutan nadi

    Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    tanda serangan jantung

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan