Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Elak Sakit Semasa Seks, Jadi Guna Pelincir Faraj? MESTI Patuhi 6 Hal Ini Dulu!
Seperti pelincir untuk lelaki, pelincir untuk wanita atau pelincir seks berfungsi sebagai bahan bantuan untuk hubungan kelamin yang selesa dan lancar, terutamanya kepada wanita yang mempunyai vagina yang kering atau tidak cukup lembap secara semula jadi apabila terangsang.
Selain itu, jika anda menggunakan kondom untuk mengelakkan penyakit kelamin, lube atau pelincir boleh menjadikan hubungan kelamin lebih mudah dan lebih menyenangkan.
Boleh guna minyak zaitun untuk pelincir wanita?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.
Selepas disapukan, pelincir diserap ke dalam kulit. Terdapat tiga jenis pelincir sama ada berasaskan air, minyak dan silikon.
Apakah terdapat alternatif untuk pelincir seks?
Boleh guna minyak zaitun untuk pelincir wanita?
Kadangkala, ada yang menggunakan alternatif lain apabila tidak mempunyai pelincir.
minyak urut
minyak bayi
minyak semula jadi (zaitun atau kelapa)
adalah produk alternatif yang biasa digunakan.
Walau bagaimanapun, pelincir tidak boleh digantikan dengan produk ini. Alternatif tersebut boleh merosakkan kondom yang longgar.
Selain itu, produk alternatif yang tidak sesuai boleh menyebabkan risiko jangkitan vagina.
Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, vitamin E atau gel lidah buaya boleh digunakan jika sesuai dengan kondom lateks.
Adakah pelincir untuk wanita komersial menyebabkan kerengsaan atau alahan?
Ada pelbagai pilihan pelincir di pasaran.
Pelincir untuk lelaki dan perempuan komersial kebiasaannya mengandungi benzocaine, anestetik, capsaicin dan mentol. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan atau alahan kepada pengguna.
Selain itu, pelincir yang wangi atau berperisa boleh menyebabkan tindak balas alahan kepada pengguna dengan kulit sensitif.
Di samping itu, apabila menggunakan produk semula jadi, pengguna harus membaca maklumat produk untuk memastikan ia boleh digunakan dengan kondom lateks.
Apakah risiko penggunaan pelincir untuk wanita dengan spermisid?
Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang, pelincir wanita dalam versi yang mengandungi spermisid (bahan mematikan sperma) merupakan pilihan terbaik.
Walau bagaimanapun, spermisid diperbuat daripada nonoxynol-9, yang boleh menyebabkan kerengsaan dan ketidakselesaan.
Walau bagaimanapun, cuba dahulu rasa pelincir tersebut untuk mengelakkan rasa yang pelik seperti perasa durian.
Selain itu, mereka yang mengalami diabetes perlu berhati-hati dengan pelincir dengan formulasi yang mengandungi gula.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Safety of lubricants for rectal use: Questions & Answers for HIV educators and advocates, International rectal microbicide advocates. http://www.rectalmicrobicides.org/docs/Lube%20safety%20Q&A%20FINAL%20Oct%2013.pdf. Accessed on December 25,2016.
When Sex Is Painful, The American College of Obstetricians and Gynecologists. http://www.acog.org/-/media/For-Patients/faq020.pdf. Accessed on December 25,2016.
Agarwal A, Deepinder F, et al, 2008, Effect of vaginal lubricants on sperm motility and chromatin integrity: a prospective comparative study, Cleveland Clinic Org, Vol 89, No 2. https://www.clevelandclinic.org/reproductiveresearchcenter/docs/agradoc275.pdf. Accessed on December 25, 2016.
Improving Sexual Health: Vaginal Lubricants, Moisturizers, Dilators & Counseling, Health System-University of Michigan. http://www.med.umich.edu/1libr/PMR/SexualHealth/lubricants.pdf. Accessed on December 25, 2016.
Vaginal dryness. https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-dryness/basics/causes/sym-20151520. Accessed on December 25, 2016.
How to Choose a Lubricant for Pleasure and Safety. https://www.ourbodiesourselves.org/book-excerpts/health-article/how-to-choose-lubricant/. Accessed on December 25, 2016.
Versi Terbaru
20/05/2024
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim