Dato’ Dr. Meheshinder Singh

Pembedahan kolorektal · Hello Health Group

Profil

Dato’ Dr. Meheshinder Singh menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada 1993. Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya di Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCSEd), Royal College of Physicians and Surgeons of Ireland (FRCSI), serta Ijazah Pembedahan di National University Singapore (M.Med (Surg) Singapore).

Pada 1998, beliau berkhidmat sebagai pakar di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Seremban selama 3 tahun. Selepas itu, beliau mendapatkan latihan berkenaan pembedahan kolorektal pada 2001 di  Academy Surgical Unit, Cottingham and University of Hull, United Kingdom di mana beliau berjaya mendapat Fellowship Pembedahan Kolon dan Rektal.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau bertugas sebagai pakar bedah kolorektal di Hospital Seremban. Beliau mula memasuki bidang swasta pada 2004 dan mula bertugas di Hospital Pantai Kuala Lumpur sebagai Pakar Pembedahan Am dan Kolorektal.

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan

    Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCSEd), Royal College of Physicians and Surgeons of Ireland (FRCSI)

  • Ijazah Pembedahan

    National University Singapore (M.Med (Surg) Singapore)

PENGALAMAN

  • Doktor Pakar

    Hospital Kuala Lumpur

  • Doktor Pakar

    Hospital Seremban

  • Pakar Bedah Kolorektal

    Hospital Seremban

  • Pakar Pembedahan Am dan Kolorektal

    Hospital Pantai Kuala Lumpur

ANUGERAH

  • Fellowship Pembedahan Kolon dan Rektal di Academy Surgical Unit, Cottingham and University of Hull, United Kingdom- 2001