Sakit pada bahagian perut

Assalamualaikum, ibu saya berumur 63 tahun dan dia selalu mengadu sakit dibahagian perut pada masa yang sama ibu saya juga mempunyai masalah penyakit gastrik..sebelumnya bila ibu sakit gastrik kami akan menhantar ibu ke hospital atau ke klinik dan setiap kali jumpa doktor, mereka akan kata ibu ada gastrikk dan dibagilah ubat yang seperti mana doktor2 sarankan..tapi akhir2 ini sakit di perut ibu semakin parah bawa ke hospital doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan ubat gastrik katanya tak ada apa2. Lepas ambil ubat malah makin teruk sakit perut dah tembus sampai ke belakang dan perut rasa kembung, mual, badan lemas tak ada tenaga rasa seperti ditusuk2 dan after makan rasa sakit tu makin parah sampai baring pun tak boleh..ibu saya dulu sering sakit kepala dan bila sakit datang otomatik makan ubat tahan sakit..kadang sampai berbiji2. Dia sering merasa dirinya demam panas sejuk wlhal bila saya cek suhunya normal. Pada waktu itu juga saya tidak tahu ibu sering ambi ubat tahan sakit. Jadi selepas itu dia dapat sakit gastrik saya tidak pasti sama ada kaitan dengan pengambilan ubat tahan sakit atau ada sebab lain sebab setiap kali dia sakit kepala dia akan makan ubat paracetamol dan masa itu juga sakit perutnya datang rasa pedih di ulu hati dan bila jmpa doktor ..doktor hanya cakap masalah gastrik..tolong bantu saya untuk kenalpasti sakit ibu saya dan apa yang perlu saya lakukan kerena perkara ini sudah berlarutan selama 3 tahun dengan masalah dan simpton yang sama dan setiap kali pergi klinik atau hospital dia hanya mendapatkan pemeriksaan biasa sahaja..

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa
Topics not found