Masalah kencing malam
Hello doktor! Saya remaja perempuan berumur 16 tahun. Pada usia begini saya masih kencing malam. Tidak lama lagi saya bakal ke asrama jadi masalah ini amat membimbangkan saya. Pelbagai usaha yang telah saya lakukan namun tetap kencing malam. Saya kerap kencing malam seminggu sebelum haid. Dalam tempoh itu meskipun saya tidak minum air sebelum tidur saya tetap akan kencing malam. Jadi apakah penyelesaian bagi masalah saya? Harap semua dapat membantu ^_^


















