Darah keluar ketika bersenam
saya berumur 20 tahun dan belum berkahwin. Sepanjang bulan jun ni saya mula aktif bersukan. Setiap kali selepas saya melakukan aktiviti besenam atau bersukan, terdapat sedikit darah yang keluar bersama lendir atau kadangnya keluar seperti darah berwarna coklat bersama lendir seperti keputihan. Sebelum ini tidak terjadi, tapi sejak mula bersenam mula keluar darah seperti dinyatakan. Boleh saya tahu ini normal atau ada masalah dengan rahim atau ovari saya?


















