Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Tidak haid
Hi doctor,
Saya 23 tahun,dan belum berkahwin saya mengalami masalah tidak datang haid,saya takut masalah ini menjejaskan kesihatan saya,saya datang haid umur 13 tahun,mula2 haid teratur dan tiba-tiba haid saya tidak teratur dan selama satu bulan saya datang haid 3 hari sahaja,tapi sekarang haid saya berhenti sama sekali,mula-mula saya datang haid 3 bulan sekali tapi kali ini saya sangat takut dengan kesihatan saya sebap sudah 6 bulan tidak haid,
1 komen
Terkini
Salam CikElia mijin ,
Terima kasih untuk soalan cik. Untuk pengetahuan cik, ada banyak perkara yang menyumbang kepada ketidakstabilan haid dan antaraya adalah :
1.Hamil
2.Menyusu
3.Menopaus
4.Pil kontraseptif
5.Ubat antipsikotik dan antidepressant
6.Kemoterapi
7.Ubat-ubatan untuk jantung
8.Berat badan terlalu rendah
9.Senaman yang berlebihan
10. Stres
11.Masalah fungsi hormon dalam badan
12.Masalah struktur organ reproduktif
Sekiranya cik tidak dating haid lebih dari 3 bulan berturut-turut, cik seharusnya pergi melawat Pakar Obstetrik dan Ginekologi untuk mendapatkan kepastian yang spesifik untuk masalah cik.
Di sini saya ingin kongsikan satu artikel yang menceritakan tentang bagaimana kita boleh mmembaiki kitaran haid dalam badan supaya menjadi lebih teratur. Sila klik link di bawah :
Tahu Tak, Ada Cara Nak Bagi Period Datang Cepat Setiap Bulan TANPA Perlu Makan Ubat!
hellodoktor.com