🔥 Diskusi Terhangat

Tercekik dan sakit perut

Salam sejahatera saya mahu bertanya 2 hari lepas saya tercekik daging lemak ketika makan dan tidak boleh bernafas lepastu saya cuba muntahkan tidak boleh dan saya ambil air dan ia berkesan tetapi selepas kejadian ketika saya menelan air atau makan terasa benda dalam kerongkong so saya ingtkan benda masih tersekat lgi lepastu saya nak cuba muntahkan balik beberapa kali tapi tiada apa yg keluar tapi masih ada rasa benda tu dalam kerongkong dan saya buat keputusan tak makan 1 hari lebih selepas tu perut saya terasa tidak selesa..apa saya perlu buat doktor?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
11
1
1

1 komen

Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.


Dari deskripsi yang anda berikan, nampaknya anda mengalami kejadian tercekik dan kesulitan menelan makanan selepas itu.


Jika masih terasa ada sesuatu yang tersangkut di kerongkong, disarankan untuk mendapatkan bantuan perubatan segera.


Anda boleh pergi ke klinik atau kecemasan hospital untuk mendapatkan penilaian doktor.


Mereka akan dapat melakukan pemeriksaan dan mungkin prosedur untuk mengeluarkan benda yang tersangkut tersebut.


Selain itu, jika perut anda terasa tidak selesa selepas kejadian tersebut, mungkin disebabkan oleh tekanan atau ketegangan yang dialami semasa tercekik.


Anda juga boleh memberitahu doktor mengenai gejala ini untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.

3 bulan yang lepas
Suka
Feedback
1
warningDisclaimer: The content is furnished relying on authenticated information sources.
Related content
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa