🔥 Diskusi Terhangat

Tanda anak dijangkiti penyakit kayap

Shingles atau kayap; kalau kita tengok sekali imbas, macam chicken pox.


Menariknya, virus yang menyebabkan chicken pox dan penyakit kayap ini adalah daripada virus yang sama, iaitu virus Varicella Zoster.


Penyakit kayap ini merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf. 😲


Individu berisiko:


1️⃣ Umur yang semakin meningkat (lebih 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan

2️⃣ Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan HIV dan kesan ubat-ubatan (seperti steroid).


Apabila sistem pertahanan jadi lemah, virus ini boleh jadi aktif semula dan serang urat saraf hingga menyebabkan keradangan.


Keradangan inilah yang buat kayap timbul (ruam > pembentukan gelembung-gelembung air pada kawasan kulit).

Tanda anak dijangkiti penyakit kayapTanda anak dijangkiti penyakit kayap
1
0 komen

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa