Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Sakit Kepala bahagian belakang hingga leher belakang
Salam Hellodoktor,
Saya seorang pekerja Customer Service dan saya berkerja mengikut shif. Kebanyakkan shif saya sebelah malam.
Saya mengalami hidung tersumbat selama lebih setahun. Kejadian ini berpunca dari saya kena serangan anxiety beberapa tahun yang lalu, dan kejadian ini juga kerap berlaku dalam tempoh beberapa tahun sehingga saya sukar bernafas pada waktu-waktu tertentu. serangan anxiety saya pula berpunca dari saya minum minuman tin 2x booster yang mengandungi caffein. selama itu, saya kerap memakai ubat sumbat hidung untuk melegakan hidung saya. lama kelamaan, akibat dari hidung sentiasa tersumbat, saya mengalami gejala lain seperti sakit kepala d bahagian belakang sehingga saya sukar untuk tidur dalam keadaan baring. ketika saya baring, hidung saya macam kelemasan atau masuk air dan bahagian belakang saya sakit ketika baring. saya terpaksa tidur secara meniarap aga saya dapat tidur.
Selain itu, sakit kepala tersebut pelahan turun ke leher saya dan saya merasa tidak cukup tidur. keadaan ini menyebabkan anxiety saya naik.
Tambahan lagi, saya selalu kurang rehat disebabkan berkerja mengikut Shif dan makan minum juga tidak teratur. hal ini juga menyebabkan perut saya sentiasa kembung. sakit dada bahagian kiri dan juga sakit tulang belakang.
1 komen
Terkini
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
berdasarkan keterangan anda, anda mengalami pelbagai masalah termasuk anxiety yang perpunca daripada pelbagai faktor termasuk pekerjaan anda.
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini buat tempoh yang lama, anda amat disarankan untuk merujuk kepada doktor agar pemeriksaan boleh dilakukan bagi mengetahui punca dan rawatan yang sesuai. Terima kasih.