🔥 Diskusi Terhangat

Resepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gula

Ibu ibu jemput try recipe nice cream ini yang menyerupai tekstur aiskrim softserve dan yang bestnya resepi ini tidak mengandungi sebarang gula tambahan. Ia adalah snek sihat yang sempurna untuk anak-anak yang suka makan makanan yang manis, di samping mengalakkan dan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan bagi kanak-kanak.


Bahan yang diperlukan:

  • 2 pisang saiz medium
  • 1 tbsp serbuk koko

*Boleh tambah kekacang dan kepingan buah-buahan sebagai topping


Cara penyediaan:

1) Potong pisang menjadi kepingan

2) Simpankan pisang dalam peti sejuk dan beku semalaman.

3) Dalam pemproses makanan atau pengisar, campurkan pisang beku, dan serbuk koko

4) Gaul sehingga sebatisehingga licin.

5) Kikis di antara adunan mengikut keperluan untuk memastikan semua ketulan pisang digabungkan.


*Untuk konsistensi hidangan lembut anda boleh menikmatinya segera selepas sebati.


*Untuk konsistensi aiskrim yang lebih keras, simpankan adunan ke dalam mangkuk besar atau loyang pembakar dan beku selama sekurang-kurangnya 3 jam.



Aiskrim ini boleh disimpan selama 3 bulan.


Disediakan oleh Sylvia Ho (pakar pemakanan)

Resepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gulaResepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gula
Resepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gulaResepi nice cream coklat sedap yang tak mengandungi gula
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
4
1

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa