🔥 Diskusi Terhangat

Protein - sumber yang berkualiti & amaun yang diperlukan oleh anak anda

Kita tahu bahawa pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Tetapi berapakah banyak yang perlu kita makan dan antara makanan yang kaya dalam sumber protein apakah yang lebih baik untuk anak anda? Jangan risau, marilah kita lihat lebih lanjut.


Sumber haiwan vs sumber tumbuhan: manakah yang lebih baik?

Protein boleh dikategorikan kepada 2 kategori; iaitu sumber haiwan dan protein sumber tumbuhan, protein yang paling mudah diserap (ketersediaan bio lebih tinggi) oleh tubuh manusia adalah sumber haiwan justeru sumber haiwan yang kaya dalam protein seperti susu, telur, daging merah dan dada ayam sentiasa dianggap sebagai protein berkualiti baik kerana ia mudah diserap dan digunakan oleh badan kita. Tetapi itu tidak bermakna sumber tumbuhan tidak kaya dengan protein, masih terdapat sumber tumbuhan yang mempunyai protein yang berkualiti juga seperti soya, kekacang dan quinoa.


Amaun yang diperlukan oleh anak anda setiap hari

Di samping mengetahui lebih banyak tentang sumber yang lebih baik untuk anak anda, para ibu bapa juga perlulah mengambil perhatian dalam keperluan yang diperlukan oleh anak anda dalam sehari. Keperluan protein kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada jantina, umur, dan aktiviti harian.


Secara amnya, berikut adalah keperluan protein yang diperlukan oleh anak anda setiap hari:


  1. 0-5 bulan: 8g/ hari
  2. 6-11 bulan: 10g/hari
  3. 1-3 tahun: 12g/hari
  4. 4-6 tahun: 16g/ hari
  5. 7-9 tahun: 23g/ hari


Adakah anda tahu berapa banyak protein yang diambil oleh anak anda setiap hari?

  • 1 cawan susu krim penuh (250ml) = 7g
  • 1 sudu mentega kacang (20g) = 7g
  • 1 stik daging lembu (40g) = 9g
  • 1 keping dada ayam (80g) = 16g
  • 1 telur (50g) = 6g
  • 1 keping keju (20g) = 4g
  • 1 keping tofu (150g)= 12g


Protein merupakan salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran yang optimum, namun masih terdapat ramai kanak-kanak yang kekurangan protein. Ibu bapa, kini anda teleh mengetahui lebih lanjut tentang sumber protein yang baik dan jumlah yang diperlukan oleh anak anda, jadi jangan lupa untuk membrikan sumber protein yang berkualiti untuk anak anda bagi pertumbuhan yang optimum!


Disediakan oleh: Pakar pemakanan (Sylvia Ho)


Sumber: RNI 2017

Protein - sumber yang berkualiti & amaun yang diperlukan oleh anak andaProtein - sumber yang berkualiti & amaun yang diperlukan oleh anak anda
Protein - sumber yang berkualiti & amaun yang diperlukan oleh anak andaProtein - sumber yang berkualiti & amaun yang diperlukan oleh anak anda
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
149
1

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa