🔥 Diskusi Terhangat

Permulaan Pengeluaran Kolostrum

Hi doktor..

Saya dila, bakal menjadi ibu....

Saya ada kemuskilan dimana rata-rata artikel memberitahu bahawa kolostrum yang dihasilkan oleh badan ibu mengandung adalah seawal 37 minggu...

Akan tetapi, bagi situasi saya berlainan.

Saya perasan badan saya menghasilkan cecair seakan kolostrum seawal 26 minggu (cecair ini keluar dengan sendirinya tanpa sebarang sedutan pam atau picitan dan perasan apabila baju dalam saya ada tanda kebasahan)... Kini kandungan 29 minggu dan kuantiti cecair adalah melebihi 5ml (5ml sehingga 7ml)... Adakah cecair ni sebenar-benarnya kolostrum atau sebaliknya... Adakah masih normal cecair ni keluar bagi situasi saya sekarang?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
5

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa