🔥 Diskusi Terhangat

Penyusuan susu ibu secara eksklusif

Penyusuan susu ibu secara eksklusif menyediakan semua nutrien penting yang diperlukan oleh bayi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu juga dapat membantu melindungi bayi dan ibu daripada penyakit tertentu. Apabila bayi membesar, susu ibu akan berubah untuk memenuhi keperluan nutrisi bayinya. Susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik untuk bayi terutamanya 6 bulan pertama mereka.


Manfaat penyusuan eksklusif

Bayi yang disusui mempunyai risiko asma yang lebih rendah, obesiti, diabetes jenis 1, dan sindrom kematian bayi mengejut (SIDS). Bayi yang diberikan susu ibu juga kurang berkemungkinan mendapat jangkitan telinga dan pepijat perut. Penyusuan juga boleh menguatkan sistem imunisasi bayi dan melindungi mereka daripada penyakit dan jangkitan.


Bukan sahaja susu ibu banyak bermanfaat bagi bayi, ibu juga boleh memperolehi manfaat melalui penyusuan. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko ibu mendapat kanser payudara dan ovari, diabetes jenis 2, dan tekanan darah tinggi.


Bimbang tentang bekalan susu ibu?

Ramai ibu bimbang bekalan mereka tidak mencukupi untuk bayi mereka. Namun kebenarannya adalah ia sentiasa mencukupi. Kuncinya adalah menyusukan bayi anda dengan lebih kerap, ketika anda meningkatkan kekerapan penyusuan, anda sebenarnya memberitahu badan anda untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Ia kerana “let-down reflex” ketika ibu menyusukan bayi akan memberi signal pada otak anda untuk merembeskan hormon Prolaktin dan Oksitosin; dua hormon ini merangsang pengeluaran susu ibu. Para ibu juga perlulah menjauhi stress dan menjadi terlampau panik ketika menyusukan bayi kerana stress dan rehat yang tidak mencukupi mungkin menjadi faktor yang menyebabkan kurang bekalan susu. Di samping itu, pemakanan yang seimbang, kalori dan cecair yang secukupnya juga adalah penting bagi bekalan susu ibu yang mencukupi.


Disediakan oleh: Sylvia Ho (Pakar pemakanan)


Sumber:

Centers for Disease Control and Prevention. (2021, July 27). Breastfeeding benefits both baby and mom. Centers for Disease Control and Prevention. Retrieved February 28, 2023

Penyusuan susu ibu secara eksklusifPenyusuan susu ibu secara eksklusif
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
14
1

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa