Assalamualaikum doktor pgi tadi sya sakit perut dan rasa nk muntah, sya da mmbuang tapi masih sakit lagi di bahagian atas pusat kenapa ye?
Pengalaman Ramadan Terindah tahun ni..
Alhamdullilah dipanjatkan syukur kerana Allah temukan kami dgn Ramadan sekali lagi tahun ni.
Pengalaman Ramadan tahun ini amat bermakna buat saya dan anak apabila suami kembali sihat dan mampu menjalankan ibadah puasa seperti 3 tahun yg lalu.
Mungkin aktiviti ini sgt biasa dan lazim buat semua orang tetapi buat keluarga kami yg baru mengatasi pelbagai musibah sejak akhir2 termasuklah kehilangan ayahanda tercinta Febuari lalu membuatkan saya bersyukur dan menghargai momen2 indahnya berbuka dirumah, pergi ke bazar Ramadan yg berdekatan, bersahur bersama dan solat bersama.
Apatah lagi tahun ini encik hubby turut mengambil bahagian dalam penyediaan berbuka seperti menyediakan minuman berbuka setiap hari dan melayan anak tunggal kami yg berumur 7 tahun bermain bunga api.
Ramadan tahun ini banyak membuat saya berfikir, muhasabah diri, tentang kekuasaan Allah serta bersyukur dan menghargai momen bersama keluarga kecil kami yg tercinta.
Semoga ditemukan dgn Ramadan lagi.. InsyaAllah.
#HDRayagiveaway
0 komen
Terkini