Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Pendarahan seminggu Lepas bersalin
Saya baru bersalin ank ke2 seminggu Lepas bersalin saya perhatikan banyak darah beku keluar tetapi jahitan saya dah Mula nk sembuh. Soalan saya adakah itu baik atau tidak jika berlaku darah beku keluar dengan banyak
1 komen
Terkini
Salam PuanShashaliyana Asfaizal ,
Terima kasih atas soalan puan. Dalam enam minggu selepas bersalin, badan puan akan mengalami proses pemulihan. Puan mungkin akan menghadapi pendarahan (lochia) serta darah beku keluar dari faraj. Darah beku adalah kumpulan darah yang melekat bersama dan membentuk bahan berstruktur seperti jelly. Ini adalah kerana berlakunya penghapusan dinding uterus dan juga kerosakan tisu di kanal kelahiran. Darah yang tidak berjaya keluar melalui faraj akan keluar dari badan dalam bentuk darah beku. Kadang-kadang darah beku ini akan keluar dalam bilangan yang banyak terutamanya selepas bersalin. Walaupun darah beku adalah normal selepas bersalin, sekiranya darah beku itu terlalu banyak, ia boleh mendatangkan masalah.
Sekiranya darah beku puan keluar dengan banyak atau melebihi 6 minggu selepas bersalin, puan harus berkunjung ke pakar obstetrik dan ginekologi untuk mendapatkan pemeriksaan yang terperinci.
Di sini saya ingin kongsikan satu artikel mengenai penjagaan selepas bersalin. Sila klik link di bawah :
Penjagaan Selepas Bersalin Penting! Kalau Tidak, Ibu Terdedah Kepada 9 Risiko Ini
hellodoktor.com