🔥 Diskusi Terhangat

Paracetamol 500mg

Dr saya termakan ubat paracetamol 3 biji. Adakah boleh memerbahaya pd hati saya

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
123
1
2

2 komen

Salam hormat. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.


Had pengambilan sesuatu ubat bergantung kepada dosnya.

Untuk panadol: Bagi orang dewasa, had maksimum ialah 4000 mg/sehari (bersamaan 8 tablet paracetamol 500mg). Pengambilan tidak melebihi had maksima ini tidak akan memudaratkan organ hati.


3 biji paracetamol yang diambil itu perlu diketahui dosnya. Ini kerana terdapat pelbagai dos untuk ubat paracetamol, ada yang satu tablet mengandungi 500 mg paracetamol dan ada yang mengandungi 650 mg paracetamol.

2 tahun yang lepas
Suka
Balas

Paracetamol merupakan rawatan yang sangat efektif untuk masalah sakit badan dan demam dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.


Penggunaan paracetamol perlulah mematuhi arahan pada pembungkusnya. Jika tidak, ia akan menyebabkan keracunan dan sangat berbahaya pada hati.


Jangan sesekali ambil paracetamol melebihi dos maksimumnya dalam masa 24 jam.


Keracunan paracetamol merupakan punca nombor 1 kegagalan hati.Baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.


Selalunya, orang dewasa boleh mengambil 2 biji paracetamol 500mg dalam masa 4-6 jam. Namun, pengambilannya tidak boleh melebihi 4g (8 tablet) dalam masa 24 jam.


2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa