🔥 Diskusi Terhangat

Menstrual Cycle

Hi

Saya nak bertanya tentang keadaan isteri saya.

Beliau berumur 25.

  1. Kami merancang untuk tidak mempunyai anak lagi sekarang dan beliau mengambil pil perancang.
  2. Beliau mendapati bahawa pada bulan ini beliau didatangi haid sebanyak 2 kali sebulan. Haid Pertama (26/12/2023 - 01/01/2024). Haid kedua (spotting sahaja) pada hari ini (10/01/2024).
  3. Sejak kebelakangan ini beliau juga sering terlupa (on and off) makan ubat pil perancang.
  4. Persoalan saya, adakah dengan terlupa makan pil perancang boleh menyebabkan masalah nombor 3 ini berlaku
  5. Persoalan kedua, adakah keadaan beliau normal?
  6. Persoalan ketiga, adakah ianya normal apabila beliau sakit (pedih) pada kemaluan ketika bersama ?
  7. Untuk pengetahuan pihak Dr, kami juga jarang bersama (2 minggu sekali)
  8. Persoalan keempat saya adakah sekiranya jarang bersama, adakah beliau akan berasa sakit(pedih) seperti yang dinyatakan pada nombor 6?.
  9. Persoalan ke lima, adakah dengan kerap bersama akan mengurangkan rasa sakit(pedih) pada kemaluan beliau


Saya berharap agak pihak Dr dapat memberikan penjelasan kepada kami dan nasihat pihak Dr amat membantu kami berdua


Saya ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan dan nasihat pihak Dr


Sekian

Terima Kasih


Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
8
1
1

1 komen

Hi, sebenarnya pengambilan pil perancang dengan dos atau waktu tidak tepat mungkin boleh mengganggu kitaran haid sekali gus akan membuat ia tidak teratur.


Rasa sakit pada alat kelamin ketika seks pula mungkin berlaku akibat kurang foreplay di mana alat sulit isteri kurang 'basah' di saat penetrasi itu berlangsung.


Adalah dinasihatkan untuk tuan membawa isteri berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor bagi benar-benar mendiagnosis setiap masalah yang dihadapi ya. 😊


10 bulan yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa