🔥 Diskusi Terhangat

Masalah intoleransi laktosa?

Adakah anak anda tidak dapat meminum susu lembu disebabkan intoleransi laktosa (lactose intolerance)? Tahu tak anda sebenarnya kebanyakan orang Asia mempunyai intoleransi laktosa? Intoleransi laktosa adalah situasi di mana badan kita tidak dapat menyerap laktosa (sejenis gula yang terdapat dalam produk tenusu) kerana kekurangan enzim lactase. Individu yang mempunyai isu intoleransi laktosa akan mengalami reaksi alahan di mana simptom simptom seperti sakit perut, kembung perut, sembelit akan menimbuli selepas meminum produk tenusu. Bagi mereka yang ada intoleransi laktosa, bukan sahaja tidak dapat meminum susu lembu, tetapi produk tenusu lain seperti yogurt, keju dan ais krim juga mungkin tidak dapat ditolerasi oleh kanak-kanak. Oleh itu, para ibu perlu bijak memilih makanan yang bebas dari laktosa bagi anak anda, bagi mereka yang ada intoleransi laktosa.


Kenapa susu penting untuk kanak-kanak?


Produk tenusu mengandungi kalsium, protein serta nutrien yang penting untuk tumbesaran. Jadi, kalau mengelakkan pengambilan susu lembu sepenuhnya, kanak-kanak mungkin akan menghadapi masalah riket, pertumbuhan terbantut dan masalah lain yang membimbangkan. Tapi jangan risau, terdapat juga susu alternatif di pasaran yang boleh menggantikan dan mengimbangi nutrient nutrien penting yang terdapat dalam susu lembu seperti kalsium dan protein.


Susu formula yang sesuai bagi kanak kanak yang mempunyai isu intoleransi laktosa


Ibu boleh pilih susu kambing, susu formula lactose free, susu soya (atau susu plant-based yang lain), susu formula terhidrolisis (hydrolyzed formula) dan susu formula hypoallergenic sebagai susu alternatif bagi si kecil anda.


Makanan lain yang tinggi dalam kalsium


Selain daripada pilihan susu formula alternatif susu lembu yang dicadangkan, untuk memastikan anak anda mendapatkan nutrien yang seimbang para ibu juga boleh menyediakan lebih banyak makanan yang tinggi dalam kalsium dalam diet harian anak anda, antara makanan yang tinggi dalam kalsium adalah seperti:


  1. Kacang badam
  2. Soya
  3. Oats
  4. Sardin
  5. Tofu
  6. Tempeh
  7. Edamame
  8. Salmon


Kalsium merupakan salah satu nutrien yang penting untuk pertumbuhan kanak-kanak, secara khususnya dalam pembinaan tulang dan gigi yang kuat semasa tumbesaran kanak-kanak. Jika kita tidak mempunyai kalsium yang mencukupi pada zaman kanak-kanak akan menyebabkan masalah seperti riket dan bantut, mereka juga mengalami risiko yang lebih tinggi dalam masalah kelemahan tulang dan patah tulang di kemudian hari. Individu yang mempunyai isu intoleransi laktosa menghadapi risiko yang lebih tinggi dalam masalah kekurangan kalsium, selain daripada minum susu alternatif mereka juga digalakkan untuk makan makanan yang tinggi dalam kalsium untuk mencegahnya. Bagi mereka yang mempunyai gejala pertumbuhan terbantut dan riket, ia adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar pemakanan dan pakar dietetik untuk pelan makanan yang lebih terperinci.


Disediakan oleh: Sylvia Ho (pakar pemakanan)

Masalah intoleransi laktosa? Masalah intoleransi laktosa? 
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
41
1

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa