Masalah berat anak dan masalah angin
hello doktor, saya nak bertanya mengenai anak saya sudah berumur 3 bulan, dan dia hanya minum susu ibu dengan sekali minum 2-3oz sahaja, dan hanya buang air besar seminggu sekali tetapi najis adalah normal(bukan sembelit). Adakah normal?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kekerapan bayi membuang air besar bergantung kepada penyusuannya. Setiap bayi juga mempunyai kekerapan berbeza.
Antara tanda bayi sembelit ialah apabila kelihatan sukar untuk membuang, contoh perlu meneran kuat dan menangis. Serta najis berbentuk kecil seperti batu dan keras.
Jika anda risau dan mendapati terdapat gejala membimbangkan seperti najis berdarah, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.