Kurang nutrisi

Salam d0ctor..

Saya ingin bertanya 1 soalan, tentang anak saya yg berusia setahun lebih.. Dalam situasi saya yg sekarang ni, berat badan anak saya agak berkurangan sedikit. Baru2 ni saya ada jumpa dgn misi, tiap2 3 bln sekali.. Misi ada bagitahu, anak puan berat dia x naik. Jadi dia bagi temujanji baru selama 1 bln utk tgok perkembangan dia semula bln hadapan.. Jika berat x naik juga, doc akan refer pada pakar pemakanan. Hati saya cukup runsing saat ini, fikir tentang anak saya skrg ni..

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
3
1

1 komen

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Pemantauan berat badan kanak-kanak adalah perlu untuk meastikan anak anda membesar dengan sihat dan mendapat nutrisi yang cukup. Terdapat pelbagai perkara yang boleh mempengaruhi berat seorang kanak-kanak. Seperti aktiviti harian, pemakanan, corak tidur dan persekitaran.

Puan disarankan untuk mengikut nasihat jururawat pemantau seperti yang disarankan dan teruskan memberi pemakanan seimbang buat anak anda. Jika perlu dirujuk selepas temujanji akan datang, ikut nasihat doktor dan datang ke temujanji dengan pakar pemakanan. Terima kasih.


2 tahun yang lepas
Suka
Balas
1
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa