Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Keterangan
Asalamualaikum doc.. Saya nak tanya cyst 2cm boleh hilang dengan sendirinya kah? Dan tidak bahaya kah? Kalau sekiranya boleh hilang dan tidak bahaya, Apa cara ataupun pemakanan yang boleh saya buat untuk mengecutkan cyst 2cm tu? Mohon dibalas dari doktor pakar Terim kasih
3 komen
Terkini
Anda ada cerita, pertanyaan atau pengalaman nak dikongsikan bersama ibu-ibu bersalin C-section yang lain? Meh tekan link dan join komuniti baru ni!: https://hellodoktor.com/c-section-birth-bersalin/
hellodoktor.com
Tetapi kata Dr ukuran 2cm tidak bahaya dan Boleh hilang dengan sendirinya.. Adakah saya patut risau ataupun Tidak? Dalam masa yang sama saya jaga pemakanan saya.. Seterusnya berapa lama agaknya Cyst akan hilang selepas diusahakan untuk mnguruskan badan dan jaga pemakanan? Mohon dijawab terima kasih
Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.
Cyst yang berukuran 2cm biasanya dikategorikan sebagai cyst yang kecil dan boleh hilang dengan sendirinya dalam beberapa kes.
Namun, adalah penting untuk mendapatkan penilaian doktor untuk memastikan bahawa cyst tersebut tidak membawa risiko kesihatan yang serius.
Untuk membantu mengecutkan cyst atau mengurangkan risiko pembentukan cyst baru, anda boleh mengamalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang seimbang.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:
1. Amalkan pemakanan yang seimbang dengan memasukkan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein yang berkualiti dalam diet harian anda.
2. Kurangkan pengambilan gula, garam dan makanan olahan yang tinggi dalam lemak dan gula.
3. Minum banyak air untuk menjaga tubuh anda terhidrat.
4. Amalkan senaman secara berkala untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
5. Elakkan daripada merokok dan mengambil alkohol dalam jumlah yang berlebihan.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penilaian yang tepat dan nasihat perubatan yang sesuai.
Doktor pakar akan dapat memberikan panduan yang lebih terperinci berdasarkan keadaan kesihatan anda.
Related content