🔥 Diskusi Terhangat

Indahnya Ramadan 🌛

Assalamualaikum semua..


Bulan Ramadan kali ini sangat bermakna buat saya dan keluarga. Dari mulanya hari pertama berpuasa hingga ke hari 22 Ramadan ini semuanya dalam keadaan yang bersederhana..


Apa yang mencuit dan membuat hati saya gembira apabila melihat anak saya sudah pandai duduk sendiri di meja makan dan mengikut kami membaca doa berbuka puasa.. Alhamdulillah, usianya akan menganjak 2 tahun pada bulan Julai nanti. Masyallah.. masa sangat pantas berlalu..


Momen yang saya suka melihatnya, apabila suami saya hendak pergi ke bazar atau ke rumah mertua saya, anak saya pasti akan ikut dan sangat gembira sebab dapat naik motor jalan-jalan pusing kampung..


Saya juga tak terlepas untuk ikut bersama. Kadang kala, di hujung minggu saya akan berjumpa dan berbuka bersama-sama mak saya, adik beradik saya dan keluarga mertua saya. Alhamdulillah.. keluarga saya dan mertua saya tinggal di dalam kampung yang sama. Jadi tidak hairan lah jika kami selalu bersua. 😆


Namun, di saat kegembiraan yang kami lalui, terselit juga babak yang sayu dan pilu apabila terkenangkan arwah abah saya yang telah pergi pada Ramadan 11 bersamaan 13 April 2022, 1443 Hijrah..


Betul lah kata orang, dalam kita bergembira jangan pula kita lupa pada yang telah tiada.. Buat mereka yang telah pergi, akan saya kenang di dalam doa setiap hari..


Lagi beberapa hari saja lagi untuk menyambut Aidilfitri, baju raya si kecil dan suami sahaja saya utamakan. 😆 Al maklum lah, dah berusia sikit ni saya pakai yang Preloved pun sudah memadai.. Chewah 🤭


Apa-apa pun, saya harap pada semua yang membaca kisah saya ini, semoga amalan kita diterima dan dirahmati oleh Allah S.W.T.. Semoga bulan Ramadan ini membawa perubahan pada diri kita dan terus kuat menghadapi hari-hari yang seterusnya ya 😊


Semoga kita semua dapat menyambut Aidilfitri yang bakal tiba nanti dan semoga bertemu lagi di Ramadan yang akan datang..


Salam Ramadan Al Mubarak buat semua.. Maaf zahir dan batin 🙏❤️🌛


#rayateamselangor

#HDgiveawayraya

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
128
5
1

1 komen

Bagusnya si kecil dah pandai baca doa juga ya! 😍

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa