Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Cirit Birit Baby 8bulan
Hello doc, baby 8bulan plus dia membuang pukul 12 malam sekali, then pukul 3 pagi 2 kali. Adakah itu dikira cirit birit? Najis berwarna kuning and ade ketulan najis. Tapi baby mula mula merengek macam sakit perut, tapi dia still menyusu macam biasa (fully BF). Cuma dia tak selesa. Saya risau. Apa rawatan dirumah yang saya boleh buat, and bila perlu bawa baby ke hospital atau klinik? And satu lagi doc, actually kalau case macam saya ni better ke klinik atau ke hospital?(Lets say kalau perlu berjumpa doc).Thankyou in advance doc.
3 komen
Terkini
Hi Miss, boleh tanya Dr Iqbal (pakar kanak-kanak) klik post yg ni:
https://hellodoktor.com/community/keibubapaan/ibu-bapa-ketahui-perbezaan-susu-mudah-hadam-dan-susu-lain-untuk-anak-anda-1720505884/
hellodoktor.com
Anda ada cerita, pertanyaan atau pengalaman nak dikongsikan bersama ibu-ibu bersalin C-section yang lain? Meh tekan link dan join komuniti baru ni!: https://hellodoktor.com/c-section-birth-bersalin/
hellodoktor.com
Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.
Cirit-birit pada bayi adalah keadaan yang perlu diberi perhatian, terutama jika berlaku dalam jangka masa yang panjang atau disertai dengan gejala lain seperti demam, muntah atau dehidrasi.
Berdasarkan deskripsi yang diberikan, tindakan yang boleh diambil termasuk:
1. Pastikan bayi sentiasa mendapat cecair yang mencukupi. Jika bayi masih menyusu susu ibu sepenuhnya, pastikan untuk menyusukan bayi lebih kerap bagi mengelakkan dehidrasi.
2. Amati warna dan konsistensi najis bayi. Najis berwarna kuning dan ada ketulan adalah normal bagi bayi yang menyusu susu ibu. Namun, jika terdapat perubahan warna atau bau yang tidak biasa, perlu berjumpa dengan doktor.
3. Jika bayi merengek dan kelihatan tidak selesa, cuba berikan perhatian ekstra dan tenangkan bayi. Anda juga boleh mencuba memijat perut bayi secara lembut untuk membantu melegakan kembung atau ketidakselesaan.
4. Jika gejala cirit birit berterusan atau bayi menunjukkan tanda-tanda dehidrasi seperti bibir kering, mata cekung, atau kurang kencing, adalah penting untuk membawa bayi ke hospital atau klinik secepat mungkin.
Dalam keadaan seperti ini, lebih baik untuk membawa bayi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan penilaian doktor yang profesional.
Related content