Beras Sumo Untuk Bayi Yang Cerewet Makan
Tahukah anda bahawa ada satu jenis beras yang bagus untuk bayi kalau mereka cerewet bila bab makan? Perkenalkan, beras sumo!
Tidak, ia bukan berasal dari Jepun tetapi Amerika dengan nama asli beras itu iaitu calrose - gabungan nama tempat California dan Rose.
Ramai percaya beras ini bukan sahaja sihat, sedap dan lembut sekali gus sesuai buat bayi anda yang kurang gemar makan.
Menariknya, orang dewasa pun boleh makan!