Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
bayi 1 tahun cirit birit
Hi doktor,
Bayi saya ada demam panas dan dimasukkan wad. Selesai sembuh & keluar wad, bayi saya mengalami berak cair yang agak kerap dan kebiasaannya berak cair selepas minum susu.
Usai keluar wad, doktor beri probiotik. Bayi saya juga minum susu formula yang sama (lactogen step 2) sejak sebelum demam sehinggalah keluar wad. Selepas beberapa hari, dia masih berak cair yang kerap. Jadi saya menukar susunya kepada susu tanpa laktosa (Dugro Joy). Namun, esoknya saya nampak banyak bintik merah naik di badannya dan berak cair yg kerap.
Jadi sebenarnya bayi saya alah kepada susu atau probiotik yang tidak sesuai untuk badannya? dan jika alah pada susu, apakah jenis & jenama susu yang sesuai untuk saya beri padanya?
1 komen
Terkini
Hi, sy Dr Sarah. Dr Pakar Kanak2 dari klinik Pakar As Salam Seksyen 7 Bangi. Kemungkinan bayi ada skrg sedang mengalami post infection lactose intolerance. means alahan laktosa. so kena beli susu SImilac Lactose free atau Susu Pediasure ( laktose free) .