🔥 Diskusi Terhangat

Batuk tanpa henti

Selamat sejahtera doktor..saya mengalami batuk yang agak teruk lebih dari 3 bulan..saya telah berjumpa doktor untuk merawat masalah batuk yang saya alami hampir setiap bulan..saya juga telah melakukan xray dan ujian kahak dan keputusan ujian tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda2 penyakit TB..setiap kali saya berjumpa doktor, saya diberi ubat batuk dan antibiotik..ubat tersebut hanya mampu bertahan selama 5 hari sahaja..apabila ubat saya habis..saya akan kembali batuk..saya batuk dengan lebih teruk pada waktu pagi dan malam dan dada saya akan berasa sedikit sakit..tekak saya juga sentiasa berasa gatal dan tidak selesa..dalam tempoh saya mengalami masalah batuk ini..saya tidak pernah mengambil minuman berais atau minuman sejuk..apa yang saya perlu buat doktor..apa yang saya boleh lakukan untuk menghilangkam masalah batuk ini??

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
51
1

1 komen

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Memandangkan anda mengalami batuk yang kerap, anda amat disarankan untuk merujuk kepada doktor dengan lebih lanjut atau bertemu pakar respiratori untuk membuat siasatan lanjut tentang masalah yang anda hadapi.

Terima kasih.


1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa