batuk berpanjangan

Doktor, saya alami batuk yang pelik dan berulang setiap hari.




Setiap hari saya akan batuk selama lebih kurang 2 jam, biasanya sama waktu — kadang pagi, kadang petang atau malam. Tapi lepas 2 jam, batuk akan hilang sendiri. semua ni dah berlaku selama 2 bulan




Sebelum batuk mula, saya akan rasa tekak gatal-gatal dan ketika batuk tekak akan mula keluar kahak putih berbuih. then pada akhir² batuk yang hampir 2 jam tu , saya akan mula dengar bunyi semput wheezing dan kadang-kadang ada bunyi stridor bila tarik nafas.




Tapi bila saya datang ke klinik, doktor tak dengar bunyi tu sebab masa tu batuk dah hilang.




Saya dah 3 kali dapat ubat URTI dan dah habiskan ubat, tapi simptom masih sama. Saya risau ni mungkin bukan jangkitan biasa. Boleh tak doktor tolong siasat kemungkinan asma ringan atau masalah lain macam alahan atau reflux?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
8

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa