🔥 Diskusi Terhangat

Bagaimanakah cara penggunaan pil perancang

Cara pemakanan pil adalah mudah. Anda hanya perlu makan sebiji pil sehari. Jangan lupa makan pil kerana ia boleh membuatkan ubat tersebut kurang efektif.


Anda tidak perlu tunggu hari pertama datang bulan ataupun hari terakhir period untuk makan pil perancang. Anda boleh mula bila-bila masa yang anda suka!


Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menggunakan kondom selama 7 hari selepas anda makan pil. Ubat perancang kehamilan mungkin perlukan 7 hari sebelum ia benar-benar efektif.


Sebagai panduan, anda boleh:


Ambil pil pertama mengikut hari yang betul dan minggu yang betul.

Makan pil tersebut setiap hari hingga habis.

Berhenti makan ubat ketika anda sedang datang bulan (7 hari).

Makan ubat yang baru pada hari ke-8 setelah habis menstruasi.

Selain itu, anda juga perlu tahu tentang jenis pil perancang yang diambil. Jika anda ambil pil jenis kombinasi, anda mungkin perlu tunggu selama 7 hari untuk selamat daripada kehamilan.

Jika anda ambil mini pills, anda akan terus selamat selama 48 jam selepas pengambilan pil tersebut.

Jika anda ambil mini pills, anda akan terus selamat selama 48 jam selepas pengambilan pil tersebut.


Boleh saya tahu mini pill yang dimaksudkan mini pill apa ya?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
6
1
1

1 komen

Hi, mini pills atau pil mini yang dimaksudkan adalah jenis pil perancang yang hanya memiliki hormon progesteron tetapi tidak mengandungi hormon estrogen.


Ia juga berdos lebih rendah dan perlu diambil setiap hari pada masa yang sama untuk ia berkesan.


Boleh baca lebih lanjut tentangnya di artikel: https://hellodoktor.com/seks-hubungan/kontrasepsi/bagaimana-pil-perancang-berfungsi/

10 bulan yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa