Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Baby ada kembung perut
Hi doktor...saya ada anak buah baru lahir dkt Indonesia..lahir bulan 2 ni td dkt Indonesia..dia ada sakit bkaitan colon..perut dia kembung, lepastu doktor dekat sana bagi dia bhenti nyusu 4 hari.. mula2 dah surut lepastu bila dia stat kuat nyusu,perut dia kembung balik,dia demam.. doktor kat sana cadangkan dia dibawa ke hospital umum Kuching Sarawak sebab kebolehan rawatan dekat sini mampu merawat sakit tersebut.. namun, yang saya ingin tahu,kos rawatan bayi bukan warganegara berapa ya kalau dekat hospital kerajaan? Mohon dnotis ya doktor...
1 komen
Terkini
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkenaan kos rawatan untuk bukan warganegara di hospital kerajaan Malaysia, kos tersebut adalah bergantung kepada prosedur dan rawatan yang di perlukan. Kos lain seperti konsultasi doktor dan caj tinggal di wad hospital juga perlu di ambil kira. Setiap rawatan ada kos tersendiri. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk bayi ini ke hospital atau ke hospital terdekat untuk maklumat lanjut. Biasanya pemeriksaan lengkap perlu dilakukan oleh doktor untuk mengetahui prosedur yang perlu dilakukan serta kos yang diperlukan. Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.