salam…saya berumur 32 ibu kepada 2 anak ,,saya baru dpt kputusan dari makmal yg saya kena kanser darah serta tibi kelenjar…saya dgr je doctor ckp m
... Lihat Lebih LagiAnxiety atau tidak ?
Hello doktor ! Saya ingin bertanya tentang kesihatan saya . Haritu anak saya tengok di tiktok , tanda tanda kematian . Pada waktu itu dia berasa takut tetapi hanya sedikit . Keesokannya anak saya tidak teringat tentang perkara itu dan menjalani kehidupan seperti biasa . Keesokannya pada waktu asar , anak saya tengah main telefon dan anak saya rasa macam ubun anak saya bergerak , anak saya tak tahu itu hanya perasaan atau betul . Dalam video tersebut mengatakan jika ubun berdenyut , tandanya tak akan bertemu waktu asar keesokannya . Anak saya jadi gelisah , takut dan tidak tenang . Keesokannya anak saya menangis dengan kerap kerana takut sehingga lah waktu asar tapi anak saya masih hidup . Lepas pada itu , anak saya selalu jadi takutt dengan kematian , sampai anak saya menangis , hidup anak saya tak tenang , gelisah , takut , risau . Anak saya rasa macam dunia anak saya dah lain . Waktu anak saya dalam ketakutan , anak saya merasa sakit dada , jantung berdebar , rasa tercekik , sakit kepala dan otot . Tetapi kadang kadang anak saya rasa okay bila dengar kata semangat dari saya , tetapi kadang kadang perasaan tu akan menghantui anak saya balik . sekarang ni anak saya dah okay sikit , anak saya dah tak menangis tapi kadang kadang rasa takut dan fikiran negatif tentang kematian itu datang kembali , kadang kadang rasa takut tu hilang . Sampai anak saya overthinking , adakah dia mengalami penyakit yang serious dan akan menyebabkan kematian . Sekarang ini saya lebih dari sebulan , tetapi dia sudah makin membaik kerana sudah tidak menangis tetapi kadang kadang perasaan takut itu datang , dia cuba hiraukan tapi perasaan itu tetap datang dalam sehari
Saya nak tanya , adakah anak saya mempunyai penyakit anxiety ataupun tidak ?
1 komen
Terkini
Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.
Anak anda mungkin mengalami gangguan kegelisahan (anxiety) berdasarkan simptom yang ditunjukkan. Ketakutan dan kegelisahan yang berlarutan, terutama setelah menonton video yang menakutkan, adalah tanda-tanda yang perlu diperhatikan. Gejala fisik seperti sakit dada dan jantung berdebar juga sering kali berkaitan dengan gangguan kecemasan. Walaupun anak anda kini sedikit membaik dan tidak menangis lagi, perasaan takut dan fikiran negatif yang masih muncul menunjukkan bahawa dia mungkin memerlukan sokongan tambahan. Adalah penting untuk memantau perubahan emosi dan tingkah lakunya. Jika ketakutan dan kegelisahan ini berterusan atau mengganggu aktiviti harian, disarankan untuk mendapatkan bantuan daripada pakar kesihatan mental. Mereka dapat memberikan penilaian yang lebih mendalam dan membantu anak anda mengatasi perasaan ini dengan cara yang lebih berkesan. Sebagai langkah awal, anda boleh berbincang dengan anak anda tentang perasaannya dan memberikan ruang untuknya meluahkan apa yang dirasakannya. Sokongan dari keluarga sangat penting dalam proses pemulihan.Related content