ANAK TIDAK MINUM SUSU

Salam sejahtera, saya puan anis. Ingin bertanya lebih lanjut apakah makanan pengganti susu yang sesuai untuk bayi berumur 1 tahun 4 bulan? Anak saya telah berhenti minum susu ibu pada usia 6 bulan dan saya teruskan dengan memberi dia minum susu formula akan tetapi sekarang anak saya suda tidak mahu minum susu formula pada usianya sekarang. Saya mohon agar dapat kiranya memberi saya sedikit perkongsian apakah makanan yang sangat sesuai untuk bayi seusianya kini sebagai pengganti susu? Saya amat risau dengan perkembangannya dan kekurangan kalsium untuknya. Saya ada juga mencari maklumat mengenai pemakanan yang sesuai untuknya tetapi masih belum yakin..


Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
20
1
2

2 komen

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Untuk makluman anda, memberi makanan kepada anak kecil adalah sesuatu yang mencabar. Namun begitu, sebagai ibu bapa, kita perlu mencuba pelbagai cara untuk membantu mereka mendapatkan nutrisi seimbang.


Bagi anak anda yang tidak mahu susu formula, terdapat pelbagai kemungkinan penyebabnya, jadi anda bolen mencuba jenama yang lain, atau jenis susu yang lain. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakananan tentang susu lain yang sesuai untuk anak anda.


Anda juga perlu pastikan anak anda mengambil makanan yang seimbang untuk keperluan nutrisnya. Terima kasih.

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
1
@Siti Sofiah Mohd Farudz

Terima Kasih

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa