🔥 Diskusi Terhangat

Anak alahan teruk

Salam doc.anak Sy ada alahan teruk @ ekzema pd kulit.sehingga kulit berubah warna.klinik kerajaan Dan swasta dh pergi.dh buntu mcm² ubat guna lgsg xberkesan.mula dr lahir hingga skrg dh umur 5 thn.ape rawatan yg sesuai utk sy ni..bayi Sy jg sama ada ruam² gatal..br 3 bln..tlg Sy doctor.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Dari segi pemakanan, anak anda boleh cuba makan probiotik dan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dalam serat dan juga pelbagai vitamin dan mineral. Eczema biasa berlaku disebabkan imun yang rendah, jadi pengambilan makanan probiotik (seperti yogurt, tempeh, kimchi, miso) dapat membantu mengekalkan kesihatan usus dan ia dapat menguatkan sistem imun kita. Selain itu anda juga boleh memerhatikan makanan yang boleh mencetuskan atau memburukkan keadaan ekzema anak anda dan mengecualikan makanan tersebut dari diet seharian mereka.


Terima kasih.


1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa