🔥 Diskusi Terhangat

Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?

Apabila kita sebut tentang lemak, pasti ibu bapa akan mengaitkannya dengan makanan segera dan makanan bergoreng yang berminyak. Namun, adakah lemak begitu teruk? Sebenarnya bukan semua lemak itu tidak baik untuk kesihatan kita, ada juga lemak baik yang membantu dalam perkembangan otak.


Lemak yang sihat adalah bahagian penting dalam diet berkhasiat untuk kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa. Mendapatkan lemak sihat yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. Lemak memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan optimum untuk otak dan mencapai hasil kognitif yang positif terutamanya bagi bayi dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun Lemak 'sihat' memainkan peranan penting dalam hal ini kerana ia bukan sahaja padat dalam tenaga ia juga mempunyai kalori yang lebih tinggi berbanding dengan karbohidrat, jadi ia sangat sesuai bagi penumbesaran kanak-kanak bagi mencapai pengambilan kalori mereka terutamanya bagi kanak-kanak yang kurang berat badan. Lemak sihat adalah bahagian penting dalam diet kanak-kanak, dan ia seharusnya dimakan secara moderasi.


Selain membekalkan tenaga untuk badan, lemak juga adalah penting untuk badan kita kerana ia akan membantu badan kita menyerap vitamin larut lemak (vitamin A, D, E, dan K), yang hanya boleh diserap melalui lemak.


Makan jenis dan quantiti lemak yang betul adalah penting dalam diet seharian yang sihat. Namun lemak yang terlalu banyak juga akan menyebabkan penambahan berat badan yang tidak diingini, terutamanya kalau anak anda kurang aktif.



Yang pertama sekali, ibu bapa perlulah mengetahui 2 jenis lemak utama:


#1 Lemak tepu (Saturated fats):

Ini adalah jenis lemak yang "tidak sihat", dan terutamanya terdapat dalam bahagian lemak daging dan ayam (cth. kulit ayam), minyak sapi, mentega, minyak kelapa, santan, kek dan biskut. Pengambilan berlebihan tidak digalakkan


#2 Lemak tak tepu (Unsaturated fats):

Ini adalah lemak "sihat” contoh lemak tak tepu adalah seperti lemak politaktepu (polyunsaturated fatty acid) dan lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acid). Mereka menmpunyai vitamin, antioksidan, dan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.


  • Lemak Politaktepu (PUFA) adalah salah satu komponen utama yang diperlukan bagi pertumbuhan mata dan otak manusia yang sihat. Jika anak anda tidak menerima bekalan makanan asid lemak utama yang mencukupi, dia akan mengalami gangguan dalam prestasi kognitif dan tingkah laku. PUFA (cth. Omega 3 & 6, DHA, ALA) tidak boleh dibuat oleh badan kita, di sebaliknya ia boleh diperolehi melalui makanan seperti: Ikan/makanan laut (salmon, tuna, sardin); benih dan kekacang; minyak safflower, minyak canola dan minyak flaxseed; makanan yang diperkaya seperti telur diperkaya Omega-3 dan susu.


Selain daripada sumber yang disebutkan di atas, kanak-kanak juga boleh memperolehi lemak yang baik daripada avocado dan produk tenusu seperti susu penuh dan keju. Susu ibu dan susu formula bayi juga kaya dalam lemak dan boleh membekalkan tenaga yang diperlukan oleh anak anda.


Walaupun lemak seperti lemak politaktepu adalah baik untuk anak anda, namun para ibu bapa perlulah bijak memilih sumber makanan yang baik dan elakkan lemak yang tidak sihat seperti makanan yang bergoreng dan tinggi dalam lemak tepu, kalau terlebih pun, pastikan anak anda kekal aktif bagi mengekalkan berat badan yang ideal mengikuti ketinggian mereka. Yang pentingnya, Ibu bapa haruslah memastikan anak mereka menerima makronutrien dan mikronutrien yang mencukupi dalam diet mereka.


Disediakan oleh: Sylvia Ho (pakar pemakanan)



Sumber:

John A. Milner, Richard G. Allison, The Role of Dietary Fat in Child Nutrition and Development: Summary of an ASNS Workshop, The Journal of Nutrition, Volume 129, Issue 11, November 1999, Pages 2094–2105


Hardy SC, Kleinman RE. Fat and cholesterol in the diet of infants and young children: implications for growth, development, and long-term health. J Pediatr. 1994 Nov;125(5 Pt 2):S69-77. doi: 10.1016/s0022-3476(06)80739-0. PMID: 7965456.


Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?
Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
28

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa