🔥 Diskusi Terhangat

Adakah anak saya stress?

Saya ibu tunggal 30 tahun.Didiagnos anxiety & depression tahap teruk.Saya ada 2 orang anak masih kecil.Berumur 3 & 4 tahun.Saya cuba jadi ibu yang terbaik.Tapi disebabkan saya terlampau stress,bekas suami yang tak membantu saya jd marah2 pada anak,pukul dan tarik rambut.Saya tengok tingkah laku anak2 juga berubah.Lebih lagi si bongsu.Dia sering juga memukul akak nya kalau bergaduh.Makin bertambah stress.Dia jga sering buat sesuatu yg menimbulkan kemarahan orang lain.Saya sedih.Saya nak jadi ibu yg normal.Tapi kesihatan saya jugak terhad.Kerap kepenatan dan emosi saya jadi tak betul.Apa boleh saya buat?Perlu ke saya bawa anak2 jumpa pakar untuk kaunseling?Minta maaf jgn kecam saya.Terima kasih.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
8
2
2

2 komen

Puan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan & perhatian yang terbaik untuk masalah kesihatan yang sedang dialami. Dapatkan konsultasi daripada pakar psikiatri, psikologi dan kaunselor bagi mendapatkan pandangan dan rawatan yang lebih menyeluruh. Apabila kesihatan puan berada pada tahap yang baik, barulah tanggungjawab yang berat sebagai ibu/bapa dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Menghantar anak untuk mendapatkan sesi kaunseling juga boleh membantu. Kami doakan yang terbaik untuk puan & keluarga.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas

Bagi pandangan saya anda strees bkn di sbab kan apa. Emosi anda kosong tidak boleh meluah kan apa yg di fikir di rs. Anda perlu mcari. Teman untk bcerita

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa