Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
5 snek khasiat untuk para ibu dan si kecil
Ingin menikmati makanan ringan sekali-sekala tetapi bimbang tentang kalori yang terlampau tinggi? Pengambilan makanan ringan yang tinggi dalam gula dan kalori akan menyebabkan pertambahan berat badan dan pereputan gigi jika tak terkawal.
Cubalah buat resepi 5 snek yang lebih khasiat ini untuk si kecil anda.
1) Kacang kuda panggang
Bukan sahaja kaya dalam serat dan protein, kacang kuda juga tinggi dalam zat besi dan nutren yang lain. Kacang kuda panggang juga adalah lebih sihat berbanding dengan kacang tanah yang digoreng kerana lebih rendah dalam lemak dan kolesterol. Marilah cuba snek lazat ini.
Bahan-bahan:
· 1 tin kacang kuda (kacang garbanzo)
· 2 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayuran
· Secubit lada cayenne
· Secubit garam
Cara penyediaan:
- Panaskan ketuhar hingga 230°C.
- Lapiskan kacang ayam dengan tuala kertas untuk mengeringkannya.
- Toskan kacang ayam dan camurkan dengan minyak zaitun serta rempah ratus di dalam satu mangkuk besar.
- Panggang dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga perang dan rangup selama 30 hingga 40 minit.
2) Yogurt chia pudding
Jangan pandang ringan chia seed (biji chia) yang bersaiz kecil ni. Walaupun saiznya kecil, ia kaya dengan nutrien penting seperti protein, serat dan omega 3. Berbanding dengan yogurt berperisa yang tinggi dalam gula, nikmati yogurt asli dengan pelbagai jenis buah-buahan berserta pudding chia yang diperbuat daripada chia seed.
Bahan-bahan:
• 80g chia seed (biji chia)
• ½ cawan air
• 2 sudu besar madu
• 1½ cawan yogurt greek
• 1½ cawan susu soya
• Buah-buahanpilihan anda
Cara penyediaan:
- Dalam satu mangkuk, campurkan biji chia dan air suam. Biarkan duduk kira-kira 5minit.
- Masukkan madu, yogurt greek dan susu soya ke dalam chia yang telah dihidratkan.
- Kacau hingga sebati.
- Simpan di dalam peti sejuk selama 2 hari.
- Sebelum dihidangkan, boleh menambahkan buah-buahan sebagai topping.
3) Kerepek Kale (Air-Fry)
Risau dengan pengambilan sayur anak anda? Kanak-kanak hanya makan makanan ringan dan jarang makan sayur-sayuran? Cubalah resipi kerepek air-fry kale ini yang mempunyai keranggupan seperti kerepek kentang. Bukan sahaja ia padat dengan nutren, ia juga senang dibuat!
Bahan-bahan:
· 1 pek kales
· 1 sudu besar minyak zaitun
· ¼ sudu kecil garam
Cara penyediaan:
- Basuh dan keringkan kales.
- Koyakkan daun sehingga kepingan bersaiz gigitan.
- Urut minyak ke dalam daun, pastikan setiap
- kepingan kales mempunyai lapisan minyak nipis.
- Taburkan garam dan toskan ke dalam air fryer.
- Air fry selama 4 hingga 5 minit pada suhu 190°C,
- Goncangkan kales sekali-kala untuk membantunya masak dengan lebih serata.
4) Bebola Oats Mentega Kacang
Bebola oats/ tenaga mempunyai gabungan yang mengenyangkan di samping kaya dalam protein, karbohidrat yang baik, lemak yang sihat (asid lemak monotaktepu) dan serat yang tinggi. Bebola oats juga memberikan anda rangsangan tenaga segera, sesuai untuk dimakan sebelum bersenam atau bagi kekal focus.
Bahan-bahan:
· 1 cawan oats
· ½ cawan mentega kacang
· 1/3 cawan madu
· Topping yang disukai (eg:1 sudu besar kismis, cereal, kacang)
Cara penyediaan:
- Kacau semua bahan bersama dalam mangkuk adunan yang besar sehingga sebati.
- Sejukkan bebola oats di dalam peti sejuk selama
- 1 jam.
- Bulatkan bebola oats dan letak di atas pinggang.
5) Kacang campuran (Trail mix)
Kacang mempunyai serat, protein dan sumber lemak yang baik yang banyak bermanfaat untuk kesihatan jantung dan paras gula kita. Kacang juga dapat memastikan tahap tenaga anda stabil
sepanjang hari. Kacang sebagai makanan ringan memang best, sebab dia mudah disimpan dan dibungkus, so boleh dinikmati bila-bila masa dan di mana jua! Buah kering pula dapat membekalkan sumber karbohidrat, serat dan mikronutrien yang sihat.
Bahan-bahan:
· 3/4 cawan pecan mentah
· 3/4 cawan gajus mentah
· 1/2 cawan biji bunga matahari mentah
· 1/2 cawan biji labu mentah
· 1/2 cawan kismis
· 1/4 sudu kecil garam laut
· 1/2 sudu kecil kayu manis
· 2 sudu besar madu/ sirap maple (optional)
Cara penyediaan:
- Memanggang pecan mentah, gajus mentah, biji bunga matahari mentah dan biji labu mentah di ketuhar selama 10 minit pada suhu 180°C.
- Kacau semua bahan dalam mangkuk adunan yang besar sehingga sebati.
- Semoga anda menikmati resipi yang sihat dan mudah ini.
- Resepi yang berikut juga boleh dibuat bersama anak-anak untuk merapatkan hubungan dengan si kecil.
Semoga anda menikmati resipi yang sihat dan mudah ini. Resepi ini juga boleh dibuat bersama anak-anak untuk mengeratkan hubungan anda dengan si kecil.
Disediakan oleh Sylvia Ho (pakar pemakanan)
0 komen
Terkini