🔥 Diskusi Terhangat

Was was

Hi dr, saya ada ringan2 dgn suami pd 18 mac tanpa masuk dlm, tapi suami saya lepaskan air dan kena faraj, lpstu semnggu lpstu sy alami ciri2 awal kehamilan tp saya cek semua negatif, lps minggu ke tiga saya period dan ada ketulan tapi cuma 3 hari lpstu simpton kehamilan semua dah takdak. dan bulan 5 saya datang perioud tepat pada masa yg sepatutnya + ada ketulan dan 8 hari.


lepastu, sekarang, payudara saya dah sakit hampir seminggu and tak surut2 sakit dia .


Persoalan saya , adakah perkara yg saya alami ini kemungkinan akan berpontensi untuk saya pregnant atau tidak ?

Sebab saya ada alami simpton dan tiba2 dia hilang mcmtu je dan saya period seperti biasa.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
5534
4
6

6 komen

Saya pun sama...memang pelik...symptom kehamilan tu betul² di alami perut pun buncit tapi last² period

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
1

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Untuk makluman anda, gejala yang anda alami seperti kehamilan tidak semestinya spesifik untuk kehamilan sahaja. Gejala seperti sakit pada bahagian payudara juga boleh dialami pada waktu sebelum haid.

Sekiranya mengesyaki hamil, sebaiknya lakukan ujian kehamilan untuk kepastian. Terima kasih.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
1
@Akim Terhensem

tp air mani tu pancut kena faraj saya, tkpe ke ?

1 tahun yang lepas
Suka
Balas

selagi air mani tu tk masuk lubang okay je. Yg bole mengandung tu kalau pancut dlm sbb air mani dh bercampur dgn air ppuan tu

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Anonymous

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda. Untuk makluman anda, kebarangkalian untuk hamil jika air mani tidak dilepaskan ke dalam adalah rendah. Namun anda disaranklan untuk mengunakan kaedah perancang kehamilan yang lebih berkesan seperti penggunaan pil, suntikan atau alatan hormon jika ingin mengelakkan kehamilan. Sila rujuk kepada doktor untuk saranan yang sesuai untuk anda/pasangan. Terima kasih

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Siti Sofiah Mohd Farudz

adakah pancut luar dan lepaskan air mani di faraj berpotensi mengandung ? Mohin pencerahan

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
4
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa