Tanda keguguran atau tanda kehamilan
Hi doktor , saya ingin bertanya , jika berlaku pendarahan keluar daripada faraj , ia merupakan tanda kehamilan dan keguguran , bukan ? Pada awal pagi tadi , saya terkejut melihat darah keluar mengikuti air kencing saya , saya juga melihat ada cecair yang keluar dari faraj saya yang membuatkan saya tidak selesa..tambahan itu , saya juga mengalami kekejangan di bawah perut sejak semalam .adakah ini tanda kehamilan atau keguguran?
Hi, benar bahawa spotting adalah antara tanda kehamilan atau keguguran tetapi kami tidak dapat menentukan tanpa melakukan pemeriksaan klinikal.
Sebaiknya jumpa doktor agar puan dapat benar-benar pasti tentangnya ya.