Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiTak period
Hi doc. Pada 23/6/2023 saya makan ubat pil perancang. Kemudiannya, pada 2/7/2023 saya datang period sehingga la 6/7/2023. Tapi pada hari 4/7/2023 tu saya ada melakukan hubungan intim sbb saya ingatkan dah habis period. Selepas dari melakukan hubungan intim tersebut period saya datang balik. Tapi dalam bulan 8 saya langsung tak datang period. So pada 6/9/2023 saya buat pregnancy test result adalah -ve. Pada bulan 9 jgak bahagian bawah perut saya terasa agak tidak selesa seperti senggugut begitu. Adakah period saya tak datang disebabkan pengambilan pil perancang ke?
1 komen
Terkini
Berdasarkan simptom puan ada kebarangkalian puan mengalami keguguran yang tidak disedari. Namun begitu, ujian kehamilan yang negatif juga boleh menandakan period yang lewat. Pil perancang yang dimakan secara konsisten selalunya akan menjadikan kitaran haid teratur dan bukan sebaliknya. Sekiranya haid masih tidak datang dalam tempoh lebih 2-3 bulan, puan disarankan berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian samada hamil atau masalah lain yang menyebabkan haid yang tidak teratur.