Tak mahu mengandung pada usia tua

Salam sejahtera dan terima kasih pada doktor yang sudi menjawap bertanyaan saya ini,saya wanita dan juga ibu kepada 4 orang anak yang berusia 24 hingga 8 tahun,saya berusia 43 tahun dan berkerja lasak sebagai kontraktor di bahagian pembinaan,pada awal bulan june saya datang period seperti biasa mengikut kitaran 4 5 hari sebulan,dan pada akhir bulan june saya period sekali lagi dengan kitaran yang sama tapi darah banyak dan seakan berketul,pada bulan julai dan ogos sekarang saya tak period,dan saya membuat ujian test pregnant sendiri dirumah dan hasilnye kelihatan 2 line merah yang agak pudar,saya pergi berjumpa dengan bidan kampung untuk merasa perut adakah saya hamil,tapi bidan kata tak ada apa2 pun menunjukan yang saya hamil..saya risau doktor memikirkan adakah saya hamil normal atau tak dalam usia yang sudah berisiko ini..

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
11
1

1 komen

Puan dinasihatkan berjumpa dengan dr untuk pengesahan kehamilan. Sekiranya puan hamil, ada siasatan yang boleh dilakukan lebih awal untuk mengenalpasti masalah kandungan puan dan ada sesetengah komplikasi yang dapat dicegah awal, sekiranya ia dapat dikenalpasti lebih awal. Terima kasih

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa