🔥 Diskusi Terhangat

Spotting/bleeding

Hi. Saya sang Suami. Saya ingin bertanya pd dokter mengenai isteri saya yg Kini sudah hampir 8minggu kandungan. Isteri saya keluar darah yg boleh tahan banyak berwarna merah Cerah dan sedikit merah cekelat sepanjang 2 hari. Adakah itu normal atau pun ada masalah lain? Kandungan semasa check baby, yg sepatutnya 8minggu tp Bila check baby baru 6minggu adakah itu normal? Terima kasih

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1798
1
6

6 komen

Hello doktor.Sya nak tnya .Kenpa boleh berlaku period dlam sebulan tu ,sya 3 kli period.Adakah ia berkaitan dgan msalah kesihatan?Ketika sya period sngat bnyak yg kluar dn sngat sakit sengugut.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas

Salam sejahtera, untuk makluman anda pendarahan ketika hamil adalah sesuatu yang membimbangkan, oleh itu, sila bawa isteri anda ke hospital dengan segera. Terima kasih.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Untuk makluman anda, pendarahan semasa kehamilan boeh jadi tanda sesuatu yang membimbangkan, jadi anda perlu segera membawa isteri anda ke hospital dengan segera.


Berkenaan usia kandungan, usia kandungan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir atau jika tarikh haid tidak dapat dikenal pasti akan dilihat menerusi scan dan juga maklumat sejarah kesihatan lain.Terima kasih.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Anonymous

Saya pun baru lepas keguguran . Baby tak membesar ikut usia yg sepatutnya . Berdarah 5 hari , hari kelima dah start rasa contraction dan keluar kantung . Terus ke hospital bawak kantung dan doktor cuci hidup hidup . Kalau isteri encik berdarah lebih dari 5 pad terus ke hospital ya

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Anonymous

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Untuk makluman anda, ada amat disarankan untuk merujuk kembali isteri anda ke hospital disebabkan tanda-tanda yang dialami isteri anda. Keguguran adalah satu perkara yang memberi kesan kepada fizikal dan juga emosi isteri dan kedua-dua pilihan menunggu dan pembedahan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Saya sarankan agar anda merujuk dan berbincang dengan doktor yang merawat isteri anda untuk konsultasi lanjut tentang perkara yang perlu dilakukan. Terima kasih.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Siti Sofiah Mohd Farudz

Terima kasih ats jawapannya dokter. Saya sudah bawa isteri ke hospital. Dan kandungan Amat membimbangkan Sbb tiada denyutan jantung. Dokter mengesahkan keguguran tp dokter bagi 2 minggu masa untuk melihat perkembangannya disebabkan air kencing masih positif. Sekarang saya risau isteri saya masih sakit dan byk keluar darah. Jadi apa perlu saya bt utk melegakan Kesakitan isteri saya? Adakah gugur secara normal hanya tunggu atau operation yg lebih okay? Sbb sya dh tk sanggup tgk isteri saya sentiasa sakit saja. Boleh bagi Pandangan ke dokter?

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa