Umur sy 46..bersama dgn suben pada 4hb november tapi suben sy tak memasukkan zakarnya ke dalam kerana tidak dpt bolos dan hya foreplay with with fi
... Lihat Lebih LagiSENAK PERUT YANG SERIUS
Salam Doktor, Hai semua...
Doktor, nak tanya, Isteri Saya baru disahkan mengandung. Kata doktor, Umur kandungan 5 minggu. Tapi, bermula 2 minggu lepas hingga ke Hari ini, perutnya senak. Hilang selera makan Dan kerap muntah angin. ..
Adakah normal???
Mohon pencerahan Dan ubatan yang sesuai ...
Terima Kasih
1 komen
Terkini
Salam TuanAzhari Zack ,
Terima Kasih atas soalan tuan dan terima kasih atas keperihatinan tuan terhadap isteri tuan.
Untuk pengetahuan tuan, semasa kehamilan, wanita mungkin akan mengalami beberapa jenis ketidakselesaan. Simptom ini adalah berbeza bergantung kepada individu. Mual dan muntah-muntah adalah dua simptom yang dialami oleh kebanyakan wanita ketika trimester pertama ataupun sepanjang tempoh kehamilan.Ia selalunya berada pada tahap yang paling teruk ketika waktu pagi disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan wanita.
Sebaik-baiknya tuan seharusnya bawa isteri tuan ke pakar obstetrik dan ginekologi untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih terperinci untuk situasi isteri tuan.
Untuk persediaan tuan dan isteri tuan sepanjang tempoh kehamilan, saya ingin kongsikan artikel mengenai ketidakselesaan yang berlaku ketika tempoh kehamilan. Sila klik link di bawah :
Bakal Ibu, Ini Antara 16 Ketidakselesaan Biasa Yang Mungkin Dialami, BERSIAP SEDIA!
hellodoktor.com