Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiSelalu makan bahan bukan makanan? Anda mungkin ada masalah pica
Pagophagia (yang juga dikenali sebagai pica) biasa dijumpai di kalangan wanita hamil terutamanya semasa trimester pertama. Pica biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan wanita. Apabila anda menghadapi masalah pica, anda mungkin mempunyai keinginan yang aneh untuk makan bahan bukan makanan seperti kapur, tanah liat, kertas, kotoran dan lain-lain. Pica sering dikaitkan dengan anemia kekurangan zat besi di kalangan wanita hamil. Oleh itu, jika anda memerhatikan sebarang tingkah laku makan yang pelik pada barangan bukan makanan, dapatkan nasihat doktor dengan segera kerana ini mungkin tanda pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi.
Marilah kita lihat jenis pica yang lazim dialami oleh wanita hamil:
#1 Amylophagia (suka makan kanji) - disebabkan oleh kekurangan zat besi
#2 Geophagia (suka makan makanan kotoran, tanah liat, kapur, pasir) - disebabkan oleh kekurangan zink dan zat besi
#3 Pagophagia (suka makan ais) - disebabkan oleh kekurangan zat besi
Pelbagai hasil kesihatan yang buruk telah dikaitkan dengan masalah pica, termasuk ketoksikan plumbum. Satu kajian juga mendapati bahawa wanita yang ada masalah geophagia lebih berisiko melahirkan bayi yang mempunyai ketara lilitan kepala lebih kecil daripada ibu yang tidak mempunyai masalah geophagia. Wanita yang mengamalkan pica juga berisiko kekurangan nutren seperti kalsium dan zat besi disebabkan malabsorpsi akibat makan bahan bukan makanan. Para ibu khususnya harus memberi tumpuan kepada pica kerana masalah pica banyak dikait dengan masalah anemia ibu dan janin, preeklampsia, kerosakan kolon dan serangan helminthic.
Pica biasanya berlaku pada trimester pertama tetapi juga boleh muncul pada bila-bila masa semasa kehamilan, ia boleh menjadi penunjuk bahawa anda mempunyai kekurangan vitamin dan mineral atau mengalami keadaan kesihatan mental. Pica yang berlaku di kalangan wanita hamil biasanya hilang dengan sendirinya. Pica di kalangan kanak-kanak juga biasanya akan hilang apabila mereka semakin dewasa, terutamanya apabila ibu bapa mengajar mereka perbezaan antara barang yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.
Disediakan oleh Sylvia Ho (Pakar pemakanan)
Sumber:
Corbett, R. W., Ryan, C., & Weinrich, S. P. (2003). Pica in Pregnancy: Does It Affect Pregnancy Outcomes? MCN, The American Journal of Maternal/Child Nursing, 28(3), 183–189. doi:10.1097/00005721-200305000-00009
0 komen
Terkini