Sakit pinggang dan lewat datang haid
Hai Doktor.
Saya mula sakit pinggang yang agak teruk sejak 2 hari lepas iaitu pada hari sepatutnya saya didatangi haid. Pada Sabtu, sakit pinggang sedia ada ditambah dengan bisa seluruh badan dan demam terutamanya di bahagian betis dan bahu. Saya belum buat UPT lagi sebab baru lewat 2 hari.
Adakah kebarangkalian sakit yg saya alami sejak Jumaat lepas ini merupakan tanda-tanda kehamilan?