🔥 Diskusi Terhangat

Pregnant test negatif

Hii assalamuaikum , sye ingin bertanyaa normal ke ataupun tidak , kemarin sye baru buat ujian pregnant test tapi naik 1 line , tapi yang pelik nyaa period sye dah sebulan dah tak dtg , ada simptom kerap sakit kepala, perut krem, selera makan bertambah kerap keletihan . Harap doctor boleh jawab soalan sye ni

0
1 komen

1 komen

Salam Puan Nur Hafiza,


Terima kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, panjang kitran haid bagi seseorang wanita itu boleh dipengaruhi oleh banyak factor. Lambat datang haid boleh disebabkan oleh :


1. hamil

2. stress dan keletihan

3. penurunan berat badan yang melampau

4. senaman secara berlebihan

5. ketidakstabilan hormon dalam badan

6. penggunaan kontraseptif


Cara yang utama untuk mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan adalah ujian yang melibatkan pemeriksaan kandungan hormon HCG dalam air kencing ataupun darah. Ujian kehamilan ini boleh dilakukan di pusat perubatan ataupun di rumah. Untuk pemeriksaan kehamilan melalui air kencing di rumah, banyak kes kesilapan dilaporkan antaranya seperti tidak mengikut langkah-langkah yang ditetapkan dengan betul ataupun ujian diambil terlalu awal.

Sekiranya puan berasa musykil mengenai keadaan puan, puan harus berkunjung ke klinik atau pusat perubatan yang berdekatan bagi mendapatkan khidmat nasihat yang khusus dan mengambil ujian yang lebih efektif untuk mengetahui secara tepat sekiranya puan mengandung atau pun tidak.

Di sini saya ingin kongsikan satu artikel mengenai punca-punca lambat datang haid selain hamil selepas seks. Sila klik link di bawah :

Wujud Ke Punca Lain Tidak Datang Haid Selepas Seks, Selain Hamil? Mungkin Ada!

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa