Pregnant ada penyakit darah tinggi
- Saya ada penyakit darah tinggi..boleh atau tidak untuk saya hamil lagi??ada risiko utk saya atau baby jika saya hamil lagi?sekarang saya makan ubat darah tinggi..kalau x makan memang darah tinggi saya tinggi sangat..harap doktor dapat jawab soalan saya















adalah dinasihatkan untuk merancang dan tidak mengandung sekiranya darah tinggi puan tidak terkawal atau terdapat komplikasi pada organ lain contohnya buah pinggang. Dinasihatkan agar puan mengawal penyakit darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil ubat secara teratur dan mengurangkan berat badan sebelum mengandung. walau bagaimanapun , sekiranya darah tinggi puan stabil dsan tiada komplikasi pada orgam lain, puan boleh mengandung selepas mendapat nasihat dari dokotr. adalah dinasihatkan puan berjumpa doktor dahulu sebelum mengandung untuk memantau darah tinggi puan dan menukar ubat kepada ubat yang lebih selamat semasa mengandung, kerana sesetengah ubat darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi kepada bayi sekiranya diambil semasa pengandung.