Kemajuan dalam sains perubatan telah berjaya menemui pelbagai cara bersalin yang boleh bantu mengurangkan komplikasi atau risiko ketika prosedur kelahiran.


Biasanya cara untuk wanita bersalin akan dipengaruhi beberapa faktor seperti:

  1. Di mana anda tinggal dan apakah hospital yang berdekatan?
  2. Sama ada kehamilan anda berisiko tinggi atau tidak?
  3. Amalan praktikal pengamal perubatan pilihan anda


Setiap kaedah melahirkan anak ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun matlamat yang penting adalah bagi memastikan tahap keselamatan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.