🔥 Diskusi Terhangat

Pertambahan berat badan kehamilan yang sihat untuk ibu yang kurang berat badan

Walaupun ia mungkin sukar bagi sesetengah wanita untuk menambah berat badan semasa hamil, tetapi ia sebenarnya amat penting bagi tumbesaran bayi yang sihat.


Jika anda kurang berat badan, penambahan beberapa kilo sebelum hamil boleh membantu. Menerima nutrisi yang mencukupi sebelum kehamilan adalah penting untuk kesihatan anda dan bayi anda.



Berat badan yang rendah bagi wanita yang ingin berhamil boleh menjadi faktor risiko ketidaksuburan dan kelahiran pramatang.


Bagi bakal ibu yang kurang berat (BMI kurang daripada 18.5), anda perlu meningkatkan antara 12-18 kg semasa kehamilan anda.


Menurut CDC, wanita yang kurang berat badan perlulah menambah kira-kira 400 kalori setiap hari pada trimester kedua dan 400 hingga 600 kalori setiap hari pada trimester ketiga.



Tips untuk menggalakkan penambahan berat badan yang stabil semasa kehamilan:


• Makan makanan dalam porsi yang kecil dan dengan lebih kerap, terutamanya jika anda berasa loya


• Sentiasa makan sarapan pagi


• Mengambil snek yang berkhasiat dan tinggi dalam kalori, seperti kacang; keropok bijirin penuh dengan keju, mentega kacang, hummus atau avocado; sup berkrim; oats dengan buah segar; atau taburkan kacang cincang ke dalam oats atau cookies


• Minum minuman yang padat dengan nutrien dan berkalori tinggi, seperti smoothie yang dibuat dengan susu penuh lemak atau serbuk protein tambahan.


• Masak dengan lemak tambahan, seperti minyak dan mentega.


• Suplemen lain mungkin diperlukan jika anda tidak menerima nutrisi yang mencukupi daripada diet harian anda



Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, anda boleh membincang dengan pakar pemakanan tentang pelan diet seharian anda untuk memastikan anda mendapat jumlah makro dan mikronutrien yang mencukupi.


Disediakan oleh:

Sylvia Ho (Pakar Pemakanan)


Sumber:

Centers for Disease Control and Prevention. (2022, June 13). Weight gain during pregnancy. Centers for Disease Control and Prevention. Retrieved January 2, 2023


Muiz, M. (2016, March 16). Nutrition during pregnancy. PORTAL MyHEALTH. Retrieved January 2, 2023,

Pertambahan berat badan kehamilan yang sihat untuk ibu yang kurang berat badanPertambahan berat badan kehamilan yang sihat untuk ibu yang kurang berat badan
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
6
2

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa