Pernah keguguran 2 kali
Hi, saya pernah keguguran 2 kali, dan sekarang saya hamil sekali lagi, Keguguran prtama- Jantung baby x kuat. Keguguran kedua - Jantung tidak berdenyut sewaktu 5 miggu scan . Yang menjadi tanda tanya, waktu bilakah patut sy buat scan kandungan untuk kepastian ? Dan sy juga mempunyai ketumbuhan cyst
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang puan ajukan. Berkenaan keguguran, terdapat pelbagai punca perkara ini berlaku dan sebaiknya anda rujuk kepada doktor dengan segera pada kehamilan kali ini memandangkan anda pernah keguguran 2 kali sebelumnya.
Bagi kehamilan biasa, degup jantung bayi biasanya boleh dikesan seawal 5 minggu, namun terdapat klinik yang menyarankan untuk temujanji dan membuka buku pink lebih lewat contohnya selepas 8 minggu.
Bagi kes anda, anda disarankan untuk merujuk ke klinik dengan segara agar pemantauan dan pemeriksaan dapat dilakukan untuk anda dan kandunagn. Terima kasih.