Period berpanjangan
Hi sy nabila doc nak tnya la oke sebelom ni saya pergi klinik bukan satu klinik jela bayak , ada yang cakap saya pcos ada juga check rahim ada yag kata oke ada yag kata pcos , oke baru baru ni saya ada terkena (PID) period saya dah lama dari 1/12 sehingga kini pastu sy ada sakit perut krem sagatsagat mmng sakit di bgia kiri sakit pinggul pingang okey pastu darah klua kadag ketul kadag bercampo putih putih yag sbb disahka pid tu saya punya kat bawah tu kluar lendiran berbau sagat mcm bangkai ikan dan brsama mcm tali tali urat tu , diorg dah onkan antibiotic kat saya skrg dah ok cuma darah mmng tak behenti , ni simptom apa ye sbenaya














Pendarahan haid yang berpanjangan dan banyak, serta sakit perut, boleh dikaitkan dengan beberapa masalah rahim seperti fibroid rahim, polip rahim, adenomiosis, atau endometriosis. Sejarah anda yang tidak konsisten dengan diagnosis PCOS juga perlu diambil kira, kerana PCOS boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan pendarahan yang berpanjangan. Jangkitan PID yang tidak dirawat sepenuhnya atau telah menyebabkan keradangan berpanjangan pada organ reproduktif juga boleh menjadi punca. Saya sangat menyarankan anda untuk segera berjumpa pakar sakit puan (Obstetrics and Gynecology) untuk pemeriksaan menyeluruh. Doktor mungkin perlu melakukan pemeriksaan fizikal, ujian pelvik, dan mungkin ultrabunyi untuk mengenal pasti punca sebenar pendarahan dan kesakitan anda. Diagnosis yang tepat adalah penting untuk rawatan yang berkesan.
Topik berkaitan